Friday, September 10, 2010

Raya tahun ni

Harini, tahun ni raya di belah Seremban. Marvellous I tell you. Sebelum buka puasa lagi masak untuk Raya dah siap. Sapa punya keje? Guwe lah & ibu mertua lah. Dia mmg pantas masak sebab keje katering Mak Jek. So masak2 ni mmg pantas, takder buang masa. Pastu tips2 masak pantas & sedap ni harus lah di share dgn mak di Batu Pahat...benda baik kongsi-kongsi. Benda tak baik diam jek la (kecuali kalau dah tak larat je, boleh tulis dlm blog)

Anyway, Raya tahun ni, meriah sangat, sebab Nasya dah paham erti raya (dalam erti kata bebudak) iaitu duit raya, Selamat Hari raya punya statement, salam & makan kuih muih. So happy giler tengok dia main dengan sedara sepupu sepapat kat Pilah nun. Belum citer dia petik bunga kat laman orang nak pakai kat telinga feeling princess sampai dah nak habis bunga dipetiknye.

Esok balik Raya BP plak. Maybe petang sbb pagi tu nak gi umah pakcik makcik kat Seremban ni, and Umah Uncle Ali. Tapi Uncle ni dari tadi aku call takder pun. Redah jek la esok. Uncle ni kalau tak call pun dia ok jek, sure masak heaven, pastu mmg best la. Sampai ayahNasya pun kagum tgk layanan dia kat kitorg, even abah BP pun ckp, Uncle kalau layan org mmg tiptop. Auntie masak pulak, simple pun sedap giler sampai kitorang ni keje nye nak menambah lauk jek. Aku rasa sedara sendiri pun tak layan beriya2 mcm tu. Uncle Ali ni no blood connection, cuma dia kawan masa my dad keje kat spital dulu. But then, aku leh tinggal dengan dia dengan happy la la la masa dapat keje memula dulu. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal, bercinta betul. Sampai masa nak pindah keje nangis sedih.

This year Raya, I truly know what LOVE is, to those who knows my real stories (Iszan tau), aku mmg happy raya kat Seremban tahun ni. Sebab maybe ramai la panas bontot kalau kene raya belah mertua, tapi aku walaupun aku memula mcmtu, tapi now ni dah takder dah. Dah aku tetapkan dalam hati, kalau org takleh adapt kite, kita lah adapt org, betul tak? And aku percaya, my MIL mesti happy I am not Negerian sebab semua menantu Negori dah pegi raya umah mak masing2 aku masih cool relax kat sini, tak kecoh nak balik BP even jumpa my own parents cuma setahun beberapa kali. Sebab apa-apa pun, she is still my MIL. Sama je taraf with my own mommy. And this year, my mom tak nangis kalau aku tepon malam raya & pagi raya.

The best thing is, Im a biz woman, a WFH mom, but I got duit raya lalala..sila jgn marah.

To my siblings - Kecoh la lu orang...hahahaha

3 comments:

KS said...

selamat ari raya mai & family :-)

Sila kongsi gak tips2 masak ittew ya kekeek

Pic raya??

MN said...

i pun tenang je raya belah my PIL's. :)

Mrs Hardlena said...

sy pun thn ni raya umah mertua and alhamdulillah la dh ble beraya dgn gembira. mula2 dulu rasa mcm x rela je muhehe..