Aku tak perasan yg hati aku dah keras. Keras sebab pengalaman yg buat jadik keras.
So, sabtu lepas adalah the big bazaar sampai kaki aku berasap berdiri jek. Sbb ramai org dtg kat booth. Nak duduk pun kene bangun balik pastu, so end up aku rasa dari kul 10pg sampai 6 ptg tu, aku duduk adalah dlm 5 kali jek, dlm tempoh paling lama 15 minit, itu pun masa yam datang sbb ada ayra untuk entertain the customers :p
Anyway, kenapa aku cakap tabah, adalah, sebab aku tak perasan sampai la ke hari jumaat mlm tu. Dahla ayahNasya last minit ckp brg sikit (read:baju/skirt) dah jumaat mlm baru nak ckp, sblm tu aku suh komen buat2 busy, pastu dah kul 11 aku smpt lgi jahit 3 skirts. A line skirts je pun, sbb mesin jahit tepi tu asyik lah nak putus benang. Sabo jek la.
The next day, borak2 dengan Tini masa dah selesai bazaar, dia ckp, dia pun tido lmbt, sbb aku pun nampak status kat twitter dia, dia tido dlm kul 1-2 mcmtu. Same as me.
Tabah pertama - Masa sakit. Kalau buat biz sendiri, ko sakit perit, mmg kene keje, lagi2 ada anak kat rumah ni ha. Kalau ko gi keje opis, dpt MC, anak anto kat babysitter/taska/tadika, ko tidola rest kat umah. Surirumah/WAHM ni jangan haraplahh. Paling2 best dan bersyukur pun takyah masak, tapau luar. Tu kira dah habis nikmat lah tu.
Bukan nak ckp surirumah/WAHM ni bagus sgt, tapi its just irritating la kalau ada org ckp senang dok rumah. Kasi orang yg ckp senang tu dok rumah sket sehari, layan anak, masak, reply email customer, buat itu ini. Susah ooo..yg best satu jek. You work hard for yourself, utk company sendiri. Kecik pun company sendiri. Duit tu bulat2 kita punya, lepas tolak la kos, itu ini mak nenek segala. Challenge diri sendiri tu yg buat rasa best giler, dari nak fullfill KPI opis yg bosan tu.
Tabah kedua - melanguk menjual barang. Haa, ni walaupun nampak senang jek. Penat gilers. Paling penat aku rasa Markets yg baru lepas ni. Makk aii, dahla tepon abis bateri, pastu berdiri jek..Ada satu tahap tu panas subhanallah, nasib booth kitorg leh turun blind blkg kemah tu..berjurai2 peluh aku toksah ckp. Muka kilat2 toksah ckp gak..balik tu baru perasan suar aku lencun peluh. giler disgusting lah. And dari pagi sampai ptg tahan peeing okay, sbb tak smpt nak gi toilet. Ada time nak gi, nak suh geng booth sblh tgk, tp customer dia tgh ramai, so mcm kesian kat dorg gak, end up tahan jek la. Masa ni, nasya & ayahNasya dah blah ke Ikea. Lain exp dok opis, beraircond, tp tu la, sbb ni jalan yg aku pilih, aku happy, sbb as mentioned earlier buat utk diri sendiri kan?
Tabah yg ketiga - ketebalan kulit muka kalau orang condemn our products to our face depan orang lain. Okay benda ni jarang la aku dpt, tapi pernah. Tapi sebabnya aku dah keras hati dan sebab dah tau product inside out, so tak kisah sgt dah and tau mcmna nak improve. Masa dulu aku lembik. Org condemn sedih giler, nak org puji jek, tapi fikirkan balik, kalau semua org puji, mcmna nak tau diorg ikhlas ke tak puji tu? Mcmna nak improve diri sendiri. Sbb bila berniaga ni, kita buat apa org nak, apa yg kita suka. Baru la namanya buat bisnes, bukan syok sendiri. Aku penah jek beberapa kali buat biz syok sendiri ni. Laki aku pun layankan je sbb dia nak kasik aku exp mahal - membazir duit n masa sbb nak rasa diri betul. So dah rasa exp mahal tu, serik la kan?
Tabah keempat - customer hampeh. Haa, aku ada la few nih aihh sabo jekla perangai dorg. tapi sbb konon2 customer is right, akur jek la. Ada few yg aku totally ignore sbb dorg tak respect aku as penjual and brg aku. So that is. Gi buat sendiri, aku pun bukannya hard sell brg aku.
Tabah kelima - ko dah susah payah buat barang ko, jual brg ko, hasil dia takder. Sale tak dpt mcm ditarget. Orang tawar menawar. Frankly, aku kasik discount pada return customer. Mmg dpt 10% disc. First timer tak. No such things as clearance for the last 30mins, tapi ada clearance utk past seasons punya stuff. Kalau kat opis, dia stok mcm ko buat keje, skali salah, masa jek terbuang kan, kos takder, sbb bukan duit korang pun. duit company. Ni keje sendiri, kos, masa semua sendiri punya. Haa tabah tak tabah? Penah tak aku citer, aku cuba buat biz tudung awning tak jadi? Rugi 2K. Ha tu experience mahal.
Cukupla 5 tabah ni dulu. Aku rasa aku baru ada 5 ketabahan ni jek. Ada ketabahan lain yg aku masih belum achieve LOL.
So, sbnrnya nak ckp, bukannya sng nak buat biz, duduk rumah, nak jual brg, nak dpt duit. Semua susah. Keje opis susah, keje sendiri susah, yg senang ialah mengata "Senangnya ko dapat duit", "Senangnya ko dok rumah", "Senangnya takyah gi keje opis". Oh bullshit.
Susah okay. Cuba try
Sunday, June 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
tul lah mai.. housewife tak buat apa pon dah penat giler... apa lagi yang ada business.. at least kalau gi office leh gak relaks dalam aircond tak yah fikir masak ngan anak.. hahaha.. sungguh tabah.. weih.. aku telepas entry ko bukak booth kat jayaone!! len kali pls inform aku personally boley? eh byk cantik..haha
part tawar menawar tu jgn ckp la..kdg2 terpikir setakat 1-2 inggit tu dorang leh dpt apa ek..kepuasan dpt less je la kot, nak byr parking pon tak cukup..
mungkin dorang rasa hasil keje kita ni mcm produce dari kilang buruh kasar kat guatemala kot..kdg2 terfikir susahnya nak dapatkan rezeki halal dan berkat sambil jaga anak di rumah..kalo pegi keje ofis senang2 je dpt 3-4k sebulan, ada cuti tahunan, MC pon gaji tetap masuk hujung bulan..
tapi dah ini jalan yg kita pilih..harus redha dan tabahkan hati, mintak tuhan selalu permudahkan urusan..jgn mengeluh dan tak payah susah2 nak explain bagi org faham, sbb yg tak nak faham tetap takkan faham :))
Post a Comment