Buat keputusan bukannya senang.
These days, perasaan aku berkecamuk sebab beberapa faktor yg tak perlu direvealkan kat sini. Cumanye, untuk buat keputusan kita, tak perlu lah orang lain masuk campur, sebab orang lain tu bukannya membantu kalau keputusan kita tu salah. Malah amik tau pun belum tentu.
Kadang-kadang kene selfish sebab kita je yg tau keputusan apa yg kita buat dan KENAPA kita nak buat sesuatu tu..dan orang lain takkan faham, dan aku pun tak harap orang faham.
Pening?
*****
Mari tambah kepeningan...Lately rasa mandom walaupun order, alhamdulillah tak putus. Teringat orang ada tanya, ada ke orang nak order topi hari hari? Yes, I also tak percaya, but itulah rezeki yg Tuhan dah tunjuk dan beri, berkat usaha.. Kalau lepak harap tuhan nak kasi rezeki takder lah yer. Usaha.
This 2 weeks, aku gigih bayar puasa. Masa thn lepas, byr puasa adalah seram sbb aku dahla low blood yg melampau, siap pening tak leh bangun, dengan nak jaga anak, nak reply email, jwb tepon, sorang2 dengan Nasya.. Susahnye lah rasa. Tahun ni rasa ok pulak, igtkan takleh nak jahit siang, tapi boleh pulak. Mungkin sebab enviroment baru kot..Maybe maybe.
Cuma, aku ada terfikir time management utk diri sendiri masih lah kucar kacir. Kadang-kadang jadik guilty pada Tuhan, pada diri sendiri, pada commitment.
Ada somebody penah sms cakap something like this, aku truncate sket the sms " ..... susah nak beribadat pada tuhan etc etc". Membuatkan aku fikir, adakah ibadat tu hanyalah bermaksud sembahyang? Baca Quran? Pegi masjid? Bukan ke kalau apa2 pun yg kita kerjakan, kalau Lillahhitaala, adalah ibadat? Bukan ke? Tell me if Im wrong.
Bukan ke, kalau jaga anak, jaga suami, pegi kerja dengan niat Lillahhitaala juga adalah ibadat? So, aku amat lah terasa, bila ada teguran yg ckp aku ni patut sembahyang sunat lebih sbb aku duduk rumah, SUPAYA rezeki masuk lebih sikit. Sebab bila aku duduk dan fikir semula, kalau aku tinggalkan semua kerja, dan duduk sembahyang sunat lebih, kerja tak jalan, rezeki masuk ke? Bukan ke kena, usaha dan tawakal baru tuhan kurniakan rezeki tu?
Emm benda-benda ni sangatlah memberi kesan pada aku, emosi biasanya. Adakah sebab aku tak kaya lg sekarang sebab aku tak semayang sunat lebih?
Kadang-kadang kalau dengar orang bercakap ni dan nak menjaga hati orang, hati sendiri entah ke mana. Maka baik aku hibernate kan diri sampai lega.
Wednesday, June 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 comments:
And on top of that, ada gk saying, "kerja la kamu spt kamu akn hidup forever and beribadat la kamu spt kamu akn mati esok".
To me, dia nk ckp bersederhana la. cari balance. kerja pn kena kuat, solat pn kna seiring. lyn anak suami is indeed ibadah. kan amanah tuhan tu.
but then again, am no ustazah.
bagi saya kita beribadah khusus (solat, puasa, baca Quran etc) utk dapatkan keberkatan dalam mencari rezeki. Duit banyak pun kalau hati tak gembira, dan rasa asyik tak cukup, susah hati... tak best jugak... duit sikit pun hati tenang, rasa cukup sentiasa... buat kita rasa gembira...
bagi reen,
kita sendiri tahu akan diri kita sendiri..rezeki Allah yang bagi , bukan org yang berkata2 tu, selagi kita mengerjakan semua perkara yang wajib dan tidak mendekati laranganNya, kita tak salah,perkara-perkara sunat (contoh:-solat hajat, solat dhuha - kita boleh lakukannye dalam 1-2 kali seminggu).Kadang2 tu, org yang bekerja (opis hour) pun belum tentu mengerjakan perkara2 sunat tu.
Err mai, I think ini semua perasaan normal bila you work from home and run biz full time from home..after a few years you will no longer feel sensitive bila ada org ckp2 camni..I've been thru this..it hurts so much, I know..yg penting suami redha apa kita buat, itu yg lebih penting dari ckp2 org..siapa dorang nak menilai kita..be strong ok..I know you are :))
ignore sajek mai...yang penting kita tahu apa kita buat....
kerja ngan ibadat yang penting kene seimbang....orang yang cakap tu no idea pasal urusan kita seharian....so biarkan je....
hmmm.. stuju... nak cakap lebih2 tak berapa nak arif.. yang penting ko tau apa ko buat.. cukup! apa orang lain kata.. yang baik cedok jer.. yang menjatuhkan ko ignore.. settle!!!
pd kita apa pun yg kita lakukan kerana Allah (yg baik2) adalah ibadat..:)
Rezeki Allah yg kasi..sikit @ byk tu rezeki...
jgn pndg belakang mai :) pndang yg mbina tak pe..
byk2kan bersabar dan berdoa... rezeki kita allah yg kasi bukan nyer org2 yg sibok2 tuh... so to me u just ignore org2 yg mcm nie coz it waste ur time dear...
gud luck & take care yeah :d
Post a Comment